SULIT 1103/1
1103/1
|
san

SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN KAMARUL ARIFFIN
JALAN
TENANG. 85300 LABIS
JOHOR
PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN 2016
TINGKATAN
EMPAT
BAHASA
MELAYU
KERTAS 1
Dua jam lima belas minit
JANGAN
BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.
Kertas soalan ini
mengandungi dua bahagian : Bahagian A
dan Bahagian B.
2.
Jawab soalan Bahagian A
dan satu soalan daripada Bahagian B.
3.
Jawapan boleh ditulis
dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.
[
Lihat sebelah
1103/1 SULIT
SULIT 2 1103/1
Bahagian
A
[ Masa dicadangkan : 45 minit ]
[ 30 markah ]
Lihat gambar di bawah
dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

1103/1 SULIT
SULIT 3 1103/1
Bahagian
B
[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]
[ 100 markah ]
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis
sebuah karangan yang panjangnya melebihi
350 patah perkataan.
1.
Semangat patriotik
dalam kalangan remaja hari ini semakin luntur. Sebagai seorang remaja yang
prihatin, anda ingin mengemukakan pandangan anda terhadap isu tersebut.
Jelaskan
punca-punca lunturnya semangat patriotik dalam kalangan remaja.
2.
Ibu bapa memainkan
peranan penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya dalam kehidupan. Oleh
itu, sebagai anak, kita harus membalas jasa ibu bapa.
Bincangkan cara-cara untuk membalas jasa
ibu bapa.
3.
Kebersihan tempat awam
dan kawasan sekitar kerap menimbulkan masalah dan rasa tidak puas hati pelbagai
pihak.
Huraikan
peranan masyarakat dalam menangani masalah tersebut.
4.
Anda bercadang untuk
menulis rencana yang bertajuk “KepentinganTeknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) dalam Kehidupan Masyarakat Dunia hari Ini”.
Tulis
rencana tersebut selengkapnya.
5.
Karya sastera memainkan
peranan penting dalam mencorakkan kehidupan generasi akan datang. Oleh hal yang
demikian, generasi muda negara ini perlu digalakkan menghasilkan karya sastera.
Jelaskan
usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan
generasi muda menghasilkan karya sastera.
KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan Oleh Disemak
Oleh
…………………… ……………………..
( SABRI BIN BINGAN )
( ABD RAZAK BIN OTHMAN )
1103/1 SULIT
SULIT 1103/2
1103/2
|
san

SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN KAMARUL ARIFFIN
JALAN
TENANG. 85300 LABIS
JOHOR
PEPERIKSAAN
PERTENGAHAN TAHUN 2016
TINGKATAN
EMPAT
BAHASA
MELAYU
KERTAS 2
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN
BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1.
Kertas soalan ini
mengandungi empat soalan.
2.
Jawab semua soalan.
3.
Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d)
dan Soalan 4 berdasarkan teks
Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.
4.
Jawapan boleh ditulis
dalam tulisan Rumi atau Jawi.
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.
[
Lihat sebelah
1103/2 SULIT
SULIT 2 1103/2
Soalan
1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah
dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengekalkan gaya hidup sihat dan halangan mengekalkannya. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.
Dewasa ini, pembangunan
arus globalisasi merupakan perkara yang kian pesat berkembang di negara kita.
Namun begitu, dalam mengejar arus modenisasi, kita seharusnya menitikberatkan
perihal kesihatan. Tanpa kehidupan yang sihat nescaya kita terdedah dengan
penyakit yang berbahaya. Oleh itu, mengamalkan gaya hidup sihat merupakan
langkah yang wajar dijadikan amalan. Antara amalan gaya hidup sihat ialah
menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita perlu mengamalkan pemakanan
seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan badan kita sihat dan tidak terlalu
gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai
penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, dan kencing manis.
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau
beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan
kuat. Sisa toksin dalam badan pula akan keluar melalui peluh semasa kita
bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik
dan menguatkan lagi otot-otot badan. Pada waktu yang sama, kita perlu menjaga
kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk
membiak mestilah dihapuskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam
sungai atau dibiarkan di luar rumah kerana akan menyebabkan pencemaran alam
sekitar. Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan.
Apabila mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh mengambil langkah tertentu
bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keadaan baik. Jika tidak
membuat pemeriksaan, tanpa kita jangka, tiba-tiba sahaja kita rebah.
Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan
kesihatan. Antaranya, menghisap rokok, minum arak, dan menagih dadah. Tabiat
menghisap rokok menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung.
Kebaikan utama gaya hidup sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa
memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contoh, gaya
hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal
ataupun mengurangkan tekanan. Oleh itu, amalan berehat dan tidur dengan kadar
yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh serta minda.
Kita juga perlu mempunyai pemikiran positif yang mampu
memberikan jalan penyelesaian bagi kemelut yang serius tanpa menghadapi tekanan
yang berlebihan. Gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang berdisiplin
dan sihat dari segi fizikal dan persekitarannya. Sehubungan itu, kita hendaklah
sentiasa menjaga kebersihan diri. Malah, kita hendaklah sentiasa berbaik-baik
dengan jiran. Jiran yang baik bukan sahaja dapat mengukuhkan ikatan
silaturahim, malahan melahirkan jiwa yang tenang. Akhir sekali, kita hendaklah
sentiasa peka dengan keadaan persekitaran kerana persekitaran yang baik dapat mengekalkan keharmonian hidup kita.
(Dipetik
dan diubahsuaikan daripada rencana
“Mengamalkan Gaya Hidup Sihat”,
oleh Lyisronney Dulasik, Dewan Siswa,
Januari 2013)
1103/2 SULIT
SULIT 3 1103/2
Soalan
2 : Pemahaman
[ 35 markah ]
Soalan
2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang
berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai
kata mengekalkan keharmonian.
[ 2 markah ]
(ii)
Pengarang menyatakan
beberapa kelebihan apabila memiliki tubuh yang sihat.
Nyatakan
kelebihan tersebut.
[ 3 markah ]
(iii)
Pada pendapat anda,
mengapakah rakyat Malaysia rata-rata mengalami obesiti.
Kemukakan
tiga pendapat anda.
[ 4 markah ]
Soalan
2(b) Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di
bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Hakim sedar bahawa tanah empat ekar
itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang dimiliki oleh para orang
kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu pun tidaklah tinggi nilainya seperti
tanah-tanah di bandar yang melambung naik. Namun, dia amat bersyukur kerana
berjaya menebus kembali tanah itu dan yang lebih penting lagi dia juga dapat
membersihkan nama dan menebus maruah datuknya, Kaduk yang sudah bertahun-tahun
menjadi ejekan bangsa.
Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku
berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan
namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi peringatan kepada
semua umat Melayu agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksud aku, biar
mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain.”
“Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa
gunanya membina tugu dalam kampung ini. Mana ada pelancong yang nak datang
melawat?” tanya Azam.
“Aku bergurau saja. Lagipun ini
tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apalagi yang wajar dibuat selain
berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan
beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang
bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.”
(Dipetik daripada cerpen “Kaduk,
Ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan dalam
antologi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
1103/2 SULIT
SULIT 4 1103/2
(i)
Nyatakan dua tujuan Hakim berusaha mendapatkan
tanah datuknya semula.
[ 2 markah ]
(ii)
Pada pendapat anda,
mengapakah negara perlu mengeluarkan makanan yang mencukupi?
[ 3 markah ]
(iii)
Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan
cerpen di atas dan satu pengajaran
lain daripada keseluruhan cerpen.
[ 4 markah ]
Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa
tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sudah ia fikir demikian, maka Kertala Sari pun
dilihat pula perihal penghadapan dan tempat orang bertunggu raja itu. Setelah
dilihatnya ratalah, maka Kertala Sari pun kembali pada tempatnya singgah itu,
maka ia pun berjalanlah mencari tempat akan menaruh harta. Maka dilihatnya oleh
Kertala Sari ada sebuah bukit di luar kota itu. Maka ia pun pergi ke atas bukit
itu. Maka dilihatnya tempat itu terlalu
baik menaruh harta. Maka ia pun berjalanlah turun dari Bukit Cina itu.
Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari
pun bersikap dirinya; maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke
rumah seorang saudagar yang kaya. Maka dilihat oleh Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala
Sari pun masuk makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh
malam, maka saudagar itu pun masuk tidur. Maka oleh Kertala Sari dicurinya segala harta saudagar itu
sekuasa-kuasa ia membawa dan bini saudagar itu pun dicabulinya. Maka ia pun
kembali pada tempat singgah itu.
Maka hari pun siang. Maka saudagar itu pun gemparlah
mengatakan dirinya kecurian.
(Dipetik daripada
“Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi
Jaket Kulit
Kijang dari Istanbul, Dewan bahasa dan Pustaka)
(i)
Berikan maksud rangkai
kata tempat itu terlalu baik menaruh
harta.
[ 2 markah ]
(ii)
Apakah yang dilakukan
oleh Kertala Sari apabila saudagar dan isterinya masuk tidur?
[ 3 markah ]
(iii)
Pada pendapat anda,
apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan kes
kecurian di rumah mereka?
[ 3 markah ]
1103/2 SULIT
SULIT 5 1103/2
Soalan
2(d) Syair
Baca syair di bawah
dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
SYAIR
BIDASARI
Dengarkan
tuan suatu riwayat, Beberapa
lamanya dalam kerajaan,
Raja
di desa Negeri Kembayat, Baginda
duduk bersuka-sukaan,
Dikarang
fakir dijadikan hikayat, Datanglah
beroleh kedukaan,
Supaya
menjadi tamsil ibarat. Baginda
meninggalkan takhta kerajaan.
Ada
raja suatu negeri, Datanglah
kepada suatu masa,
Sultan
halifah akas bestari, Melayanglah
unggas dari angkasa,
Asalnya
baginda raja yang bahari, Unggas
gurda sangat perkasa,
Melimpah
ngadil dagang senteri. Menjadi
negeri rosak binasa.
Hairan
orang empunya temasya, Datanglah
menyambar suaranya bahana,
Baginda
itulah raja perkasa, Gemparlah
sekalian mulia dan hina,
Sangat
tiada merasai susah, Seisi
negeri gundah-gulana,
Entah
pada esok dan lusa. Membawa
diri ke mana-mana.
Seri
Sultan raja bestari, Baginda
pun sedang dihadap orang,
Setelah
ia sudah beristeri, Mendengar
gempar seperti perang,
Beberapa
bulan beberapa hari, Bertitah
baginda raja yang garang,
Hamillah
puteri permaisuri. “Gempar
ini apakah kurang.”
Antologi Jaket Kulit
Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i)
Apakah peristiwa yang
terjadi terhadap negeri Kembayat sehingga rosak binasa?
[ 2 markah ]
(ii)
Pada pendapat anda,
apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh seseorang murid untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapinya?
[ 3 markah ]
(iii)
Kemukakan dua persoalan yang terdapat dalam syair
di atas.
[ 4 markah ]
1103/2 SULIT
SULIT 6 1103/2
Soalan
3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[ 30 markah ]
Jawab semua soalan.
(a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di
bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda
tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(i)
melawat
(ii)
membungkus
(iii)
menggubah
(iv)
menyisir
(v)
melancarkan
(vi)
melayari
[ 6 markah ]
(b)
Kenal pasti dan tulis
subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:
Subjek :
_______________________________________________________________
Predikat :
______________________________________________________________
(i)
Bangunan yang tinggi
itu Menara Berkembar Petronas.
(ii)
Golongan petani bekerja
keras untuk mencari rezeki.
(iii)
Baginda menganugerahkan
bintang kebesaran kepada tokoh itu.
(iv)
Pahlawan lima
bersaudara itu bertugas mengawal istana raja.
(v)
Berkejar-kejaran di
dewan sekolah murid-murid itu.
(vi)
Pada setiap petang
Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan awam.
[ 6 markah ]
(c)
Dalam setiap ayat di
bawah ini terdapat satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
ayat tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Pamiran yang diadakan
oleh pihak bomba telah dapat sambutan yang baik daripada orang ramai..
(ii)
Pemberontak antiAmerika
telah ditangkap oleh tentera sebelum mereka sempat letupan stesen minyak.
(iii)
Aktiviti manusia yang
memusnahkan hutan dengan menjalankan pembalak secara haram telah meningkatkan
masaalah hakisan tanah.
[ 6 markah ]
1103/2 SULIT
SULIT
7 1103/2
(d)
Dalam setiap ayat di
bawah, terdapat satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
(i)
Pelbagai usaha-usaha
telah dilakukan oleh pihak polis untuk mengenal pasti pengenalan mangsa.
(ii)
“Beberapa orang
pelancong dari Iran telah ditahan oleh kami untuk di soal selidik kerana beg
pakaian mereka mengandungi dadah,” kata pegawai imigresen itu.
(iii)
Puan Aisyah sedang
bertutur di perhimpunan bila para pelawat itu tiba di sekolah.
[ 6 markah ]
(e)
Baca ayat-ayat di bawah
dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat
tersebut.
(i)
Perbelanjaan kita
biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja
berlebih-lebihan.
(ii)
Diyana yang merupakan
anak tunggal dalam keluarganya dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang.
(iii)
Setelah menerima
hukuman, barulah Nordin sedar akan kesilapannya.
[ 6 markah ]
1103/2 SULIT
SULIT 8 1103/2
Soalan
4 :
Novel
[ 15 markah ]
Jawab
soalan di bawah berdasarkan novel Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(a)
Watak utama memainkan
peranan penting dalam sesebuah karya.
Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak utama.
[ 7 markah ]
(b)
Pengarang banyak
memaparkan nilai murni dalam karya yang dihasilkannya.
Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel yang anda kaji.
[ 8 markah ]
KERTAS
SOALAN TAMAT
Disediakan
Oleh Disemak
Oleh
………………… …………………………
(
SABRI BIN BINGAN ) (
ABD RAZAK OTHMAN )
Ketua
Panitia Guru
Kanan Matapelajaran

Tiada ulasan:
Catat Ulasan