Ahad, 1 Ogos 2021

Panduan Pelaksanaan Penjaminan Kualiti

Panduan Pelaksanaan Penjaminan Kualiti PBS Di Sekolah

Penjaminan Kualiti  Dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Penjaminan kualiti adalah piawaian untuk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yang ditetapkan. Penjaminan kualiti dalam pelaksanaan PBS dilakukan melalui PEMENTORAN, PEMANTAUAN, PENYELARASAN dan PENGESANAN oleh personel di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) , Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah. Keempat-empat komponen ini dijalankan secara formal mengikut jadual yang ditetapkan atau secara informal mengikut keperluan KPM/JPN/PPD/Sekolah.

Penjaminan kualiti merupakan elemen yang sangat penting yang perlu diitikberatkan terutama dalam pelaksanaannya di sekolah. Oleh itu, berikut adalah panduan bagaimana pelaksanaan keempat-empat elemen penjaminan kualiti yang boleh dijalankan di sekolah. Pelaksanaan penjaminan kualiti di sekolah sehingga setakat ini adalah pada tahap yang lemah dan diharapkan dengan rencana ringkas ini dapat memberikan sedikit gambaran kepada warga sekolah bagaimanakah pengoperasian penjaminan kualiti boleh dilaksanakan.
  
Pementoran
  1. Sediakan Jadual  Pelaksanaan / Takwim Pementoran untuk semua komponen PBS.
  2. Pastikan setiap aktiviti dirancang dilaksanakan. Sentiasa berhubung dengan Setiausaha Ladap.
  3. Jadual Pelaksanaan dan Laporan Aktiviti Pementoran semua komponen PBS (cetakan) diserahkan kepada Guru Kanan / Ketua Panitia dilantik untuk difailkan.
  4. Guru Kanan yang memegang fail ini perlu mengingatkan serta bertanya apa-apa pelaporan dari unit terlibat untuk dikumpulkan.
Jens-Jenis PEMENTORAN (CONTOH)
  1. Taklimat Oleh Su Pbs Kepada Guru-Guru (UMUM PBS)
  2. Ladap 7 Hari  (UMUM PBS)
  3. Taklimat Oleh Pengetua / Guru Besar Kepada Semua Guru (UMUM PBS)
  4. Taklimat Oleh PK Kokurikulum (PAJSK)
  5. Taklimat Oleh Kaunselor (PPSI)
  6. Perbincangan Tidak Formal Antara Guru-Guru Berkaitan Dengan PdP, Kandungan Mata Pelajaran, Pemetaan Mata Pelajaran, Modul Perekodan Dan Lain-Lain (PS)
  7. Mesyuarat Contact Time, Mesyuarat Panitia Matapelajaran, (PS)
  8. Bimbingan Dan Bengkel Kepada Guru-Guru Berkaitan Instrumen, Penulisan Ringkasan Mata Pelajaran (PS)
  9. Latihan Pemeriksaan Item Oleh Ketua Panitia Kepada Guru-Guru Mata Pelajaran Yang Lain (PS)
  10. Bengkel Penyelarasan Skor Kepada Guru-Guru Mata Pelajaran(PS)
Pemantauan
  1. Sediakan Jadual  Pemantauan Bagi Semua Komponen PBS dan jenis pemantauan yang akan dibuat
  2. Pastikan pelaksanaan pemantauan dijalankan
  3. Pelaporan bercetak bagi jadual kerja dan aktiviti pemantauan setiap komponen PBS diserahkan kepada Guru Kanan Atau Ketua Panitia dilantik untuk difailkan
  4. Guru Kanan/Ketua Panitia yang memegang bahagian Ini bertindak sebagai orang yang memastikan aktiviti yang dirancang dijalankan dan mengumpul pelaporan setiap komponen PBS ( Ingatkan Setiap Pemegang Komponen PBS Di Sekolah )
Jenis-Jenis Pemantauan (Contoh)
  1. Pentaksiran Sekolah  – Personel Pemantau – Pengetua, Pk1, Guru Kanan, Ketua Panitia

     A.  Pemantauan PdP /Pencerapan Klinikal Guru
     B.  Pemantauan Buku Ringkasan Mengajar Guru/Modul Perekodan Manual Guru
     C.  Pemantauan Pengisian Prestasi Band Pelajar Di Komputer Khas
     D.  Pemantauan Buku Tulis/Buku Aktiviti/Instrumen Untuk Melihat Evidens     
          *** Semua Jenis Pemantauan Di Atas Ini Boleh Disekalikan Dalam Satu Sesi Pemantauan    

    Cadangan Instrumen Digunapakai : Standard 4 SKPM, Instrumen JNJK, Instrumen Daripada SPA Atau Instrumen Yang Dibina Sendiri Oleh Sekolah
  2. Pentaksiran Pusat (Pt3) - Personel Pemantau – Pentadbir, Guru Kanan, Ketua Panitia

    Pemantauan Setiap Peringkat Pelaksanaan Pt3 Yang Memerlukan  Intergriti Yang Tinggi. Contoh : Semasa  Pelaksanaan Ujian  Pelbagai Instrumen Dan Ujian Bertulis Pt3, Penyemakan Skrip Jawapan Calon Dsb

    Cadangan Instrumen : Instrumen Pemantauan Pentadbiran PT3 LP
  3. Pentaksiran Aktiviti Sukan, Jasmani Dan Kokurikulum (Pajsk) - Personel Pemantau – Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Kokurikulum, Setiausaha Sukan Dan Mereka Yang Dilantik.

    a)    Pemantauan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum Mengikut Jadual Pemantauan Yang Ditetapkan Sekolah
    b)    Pemantauan Pelaksanaan Ujian Segak
           *** Personel Pemantauan Dilantik Terlebih Dahulu

    Cadangan Instrumen : Instrumen JNJK / Instrumen Bahagian Koku Dan Kesenian / Dibina Sendiri Oleh Sekolah
  4. Psikometrik – Personel Pemantau – Pengetua / Guru Besar, Penolong Kanan Hem, Guru Bimbingan Dan Kaunseling/ Kaunselor

    a)    Pemantauan Pelaksanaan Ujian Aptitud Tahun 3 Dan Tahun 6 Di Sekolah Rendah Dan Pentaksiran Psikometrik Di Tingkatan 3

    Cadangan Instrumen : Instrumen JNJK / Instrumen BPSH / Dibina Sendiri Oleh Sekolah
Penyelarasan
  1. Sediakan Jadual Pelaksanaan / Takwim Penyelarasan Untuk Semua Komponen PBS. Contoh : 2 Kali Setahun Berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun Dan Peperiksaan Akhir Tahun.
  2. Pastikan Setiap Aktiviti Dirancang Dilaksanakan.
  3. Jadual Pelaksanaan Dan Laporan Aktiviti Penyelarasan  Semua Komponen Pbs (Cetakan) Diserahkan Kepada Guru Kanan / Ketua Panitia Dilantik Untuk difailkan.
  4. Guru Kanan/Ketua Panitia Yang Memegang Fail Ini Perlu Mengingatkan Serta Bertanya Apa-apa Pelaporan Dari Unit Terlibat Untuk Dikumpulkan.
Jenis-Jenis Penyelarasan (Contoh)
  1. Penyelarasan Tugasan Dibuat Untuk Semua Guru Dalam Satu Sekolah.  Contoh :  Mesyuarat Jawatankuasa PBS Akan Menentukan Hala Tuju Dan Matlamat Sekolah Dalam Sesuatu Dasar.
        i.   Keselarasan Dalam Penulisan Buku Ringkasan Mengajar, Bila Perlu Dihantar, Dan Kepada Siapa Perlu Dihantar. (PS)
        ii.  Setiap Guru Perlu Melengkapkan Modul Perekodan Dengan Kekerapan Menanda Prestasi Murid Samada Dalam Bentuk Band/Tahap Penguasaan. (PS)
        iii.  Semua Guru Yang Terlibat Dalam Pajsk Perlu Melengkapkan Pelaporan Pajsk Dan Segak Bila? (PAJSK)
        iv.  Keselarasan Dalam Penentuan Personel Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Psikometrik Dll. (PPSI)
  2. Penyelarasan Skor Dalam Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran
    ( Mohon Bantuan Sisc+, Guru Cemerlang, Pemeriksa Kertas Dan Mereka Yang Ada Pengalaman Tentang Penyemakan Kertas Dan Pemberian Skor ) Jika Sekolah Tiada Kemudahan Personel Ini.

    Contoh : Dibuat 2 Kali Setahun Untuk Kertas Soalan Peperiksaan Pertengahan Dan Akhir Tahun (Perlu Ada Jadual) (PS)

    Penyelarasan Instrumen Diguna Pakai Guru – Dibina Sendiri, Diambil Daaripada Buku Aktiviti Atau Sumber Internet Dan Lain-Lain. (PS)

    *** Instrumen Penyelarasan Boleh Menggunakan Instrumen Daripada PPD , LP Atau JNJK.
Pengesanan
  1. Sediakan Jadual  Pengesanan Bagi Semua Komponen PBS Dan Jenis Pengesanan Yang Akan Dibuat
  2. Pastikan Pelaksanaan Pengesanan Dijalankan
  3. Pelaporan Bercetak Bagi Jadual Kerja Dan Aktiviti Pengesanan Setiap Komponen Pbs Diserahkan Kepada Guru Kanan Atau Ketua Panitia Dilantik Untuk Difailkan
  4. Guru Kanan/Ketua Panitia Yang Memegang Bahagian Ini Bertindak Sebagai Orang Yang Memastikan Aktiviti Yang Dirancang Dijalankan Dan Mengumpul Pelaporan Setiap Komponen PBS ( Ingatkan Setiap Pemegang Komponen PBS Disekolah )
Jenis-Jenis Pengesanan ( Contoh )
  1. Pengesanan Terhadap Instrumen Yang Digunapakai Guru Sebagai Latihan Bertulis Di Dalam Kelas.
  2. Pengesanan Terhadap Kertas Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Dan Peperiksaan Akhir Tahun.
  3. Pengesanan Samada Instrumen Yang Guru Bina Atau Ambil Daripada Mana-Mana Sumber Berkeupayaan Untuk Mentaksir Pelajar Mengikut Aras Sebenar Pembelajaran Mereka.
  4. Mengesan Samada Skor Atau Data Yang Guru Masukkan Samada Ke Dalam Sistem Online PAJSK, Modul Perekodan Serta Pelaporan Psikometrik Atau Aptitud Adalah Sah Dan Valid Serta Mematuhi Garis Panduan Yang Ditetapkan

    ***    Boleh Menggunakan Instrumen Pengesanan Oleh LP

Quantum Metal Sdn Bhd.

QUANTUM METAL SDN BHD Syarikat Quantum Metal Sdn. Bhd. (1011907U) didaftarkan pada 30 Julai 2012 dengan modal berbayar RM10,000,000.00. Ia adalah salah satu pengedar emas jongkong terbesar di Malaysia. Perniagaan teras Quantum Metal menyediakan produk emas premium 99.99% ke pasaran Malaysia termasuk, badan kerajaan, bank, institusi kewangan, peniaga dan peniaga individu. Quantum Metal memulakan hubungan antara bank tempatan dan Pembekal Bullion Antarabangsa, termasuk PERTH MINT. Model perniagaan Quantum Metal mengurangkan risiko bank tempatan dengan bank tempatan melakukan transaksi langsung dan transaksi sah melalui Quantum Metal. Sebagai pelanggan Quantum Metal, bank tempatan bebas daripada perbelanjaan modal untuk projek ini kerana 100% sistem dan infrastruktur akan dilaburkan oleh Quantum Metal Sdn. Bhd. VISI Visi kami adalah untuk mengendalikan pasaran yang paling efektif, selamat dan mudah diakses di dunia dalam kelas profesional. Kami percaya bahawa mata wang moden dan sistem nilai berasaskan kertas lain akan menghalang penjimat daripada mengekalkan daya beli domestik dan seluruh dunia. Oleh itu, kami mempromosikan emas untuk memberikan perlindungan dari masalah ini sebagai strategi yang tidak dapat diakses oleh individu dengan harga yang berpatutan. MISI Misi kami adalah untuk membuat orang mengubah mata wang mereka menjadi EMAS. Kami ingin melindungi pelanggan kami dari kesakitan inflasi, pelonggaran wang dan kemerosotan umum dengan masa. Kami melaksanakan misi dengan berkongsi pengetahuan kepada yang lain dan membiarkan lebih ramai orang memahami dan memperoleh lebih banyak maklumat mengenai EMAS. Kami bertekad untuk mempromosikan EMAS secara ambisius dengan memberi peluang kepada khalayak kami untuk mengubah mata wang mereka menjadi EMAS dan memanfaatkan potensi kekayaan sepenuhnya.

Isnin, 18 Julai 2016


SULIT                                                                                                                                    1103/1

1103/1


Bahasa
Melayu
Kertas 1
Mei
2016
 
2 ¼ jam
 
san

 

 


 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMARUL ARIFFIN

JALAN TENANG. 85300 LABIS

JOHOR

 

 

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016

TINGKATAN EMPAT

 
 

 

BAHASA MELAYU

 

KERTAS 1

 

Dua jam lima belas minit

 

 

 

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

 

1.        Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian :  Bahagian A dan Bahagian B.

 

2.        Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

 

3.        Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

 
 

 

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

 

                                                                                                                                    [ Lihat sebelah

1103/1                                                                                                                                     SULIT

SULIT                                                                 2                                                                 1103/1

 

Bahagian A

[ Masa dicadangkan : 45 minit ]

[ 30 markah ]

 

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

 


 

 

 

1103/1                                                                                                                                       SULIT

SULIT                                                                 3                                                                 1103/1

Bahagian B

[ Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit ]

[ 100 markah ]

 

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan.

 

1.        Semangat patriotik dalam kalangan remaja hari ini semakin luntur. Sebagai seorang remaja yang prihatin, anda ingin mengemukakan pandangan anda terhadap isu tersebut.

Jelaskan punca-punca lunturnya semangat patriotik dalam kalangan remaja.

 

2.        Ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjadikan seseorang itu berjaya dalam kehidupan. Oleh itu, sebagai anak, kita harus membalas jasa ibu bapa.

       Bincangkan cara-cara untuk membalas jasa ibu bapa.

 

3.        Kebersihan tempat awam dan kawasan sekitar kerap menimbulkan masalah dan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.

Huraikan peranan masyarakat dalam menangani masalah tersebut.

 

4.        Anda bercadang untuk menulis rencana yang bertajuk “KepentinganTeknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Kehidupan Masyarakat Dunia hari Ini”.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

 

5.        Karya sastera memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan generasi akan datang. Oleh hal yang demikian, generasi muda negara ini perlu digalakkan menghasilkan karya sastera.

Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menggalakkan generasi muda menghasilkan karya sastera.

 

 

 

KERTAS SOALAN TAMAT

 

 

Disediakan Oleh                                                                     Disemak Oleh

 

……………………                                                                  ……………………..

( SABRI BIN BINGAN )                                                        ( ABD RAZAK BIN OTHMAN )

 

 

 

 

 

1103/1                                                                                                                                     SULIT

SULIT                                                                                                                                    1103/2

1103/2


Bahasa
Melayu
Kertas 2
Mei
2016
 
2 ½ jam
 
san

 

 

 


 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAMARUL ARIFFIN

JALAN TENANG. 85300 LABIS

JOHOR

 

 

 

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016

TINGKATAN EMPAT

 

 

BAHASA MELAYU

 

KERTAS 2

 

Dua jam tiga puluh minit

 

 

 

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

 

1.        Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

 

2.        Jawab semua soalan.

 

3.        Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), Soalan 2(d) dan Soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4.

 

4.        Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

 

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak.

 

                                                                                                                                    [ Lihat sebelah

1103/2                                                                                                                                       SULIT

SULIT                                                                 2                                                                    1103/2

 

Soalan 1 : Rumusan

[ 30 markah ]

 

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah mengekalkan gaya hidup sihat dan halangan mengekalkannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

 

Dewasa ini, pembangunan arus globalisasi merupakan perkara yang kian pesat berkembang di negara kita. Namun begitu, dalam mengejar arus modenisasi, kita seharusnya menitikberatkan perihal kesihatan. Tanpa kehidupan yang sihat nescaya kita terdedah dengan penyakit yang berbahaya. Oleh itu, mengamalkan gaya hidup sihat merupakan langkah yang wajar dijadikan amalan. Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita perlu mengamalkan pemakanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, dan kencing manis.

            Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksin dalam badan pula akan keluar melalui peluh semasa kita bersenam. Senaman yang kita lakukan akan membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan. Pada waktu yang sama, kita perlu menjaga kebersihan rumah dan persekitaran. Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Jangan sesekali membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibiarkan di luar rumah kerana akan menyebabkan pencemaran alam sekitar. Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Apabila mengetahui tahap kesihatan kita, kita boleh mengambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita terus berada dalam keadaan baik. Jika tidak membuat pemeriksaan, tanpa kita jangka, tiba-tiba sahaja kita rebah.

            Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antaranya, menghisap rokok, minum arak, dan menagih dadah. Tabiat menghisap rokok menyebabkan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung. Kebaikan utama gaya hidup sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contoh, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Oleh itu, amalan berehat dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh serta minda.

            Kita juga perlu mempunyai pemikiran positif yang mampu memberikan jalan penyelesaian bagi kemelut yang serius tanpa menghadapi tekanan yang berlebihan. Gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang berdisiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitarannya. Sehubungan itu, kita hendaklah sentiasa menjaga kebersihan diri. Malah, kita hendaklah sentiasa berbaik-baik dengan jiran. Jiran yang baik bukan sahaja dapat mengukuhkan ikatan silaturahim, malahan melahirkan jiwa yang tenang. Akhir sekali, kita hendaklah sentiasa peka dengan keadaan persekitaran kerana persekitaran yang baik dapat mengekalkan keharmonian hidup kita.

 

                                   (Dipetik dan diubahsuaikan daripada  rencana “Mengamalkan Gaya Hidup Sihat”,

                                                                               oleh Lyisronney Dulasik, Dewan Siswa, Januari 2013)

 

1103/2                                                                                                                                       SULIT

SULIT                                                                 3                                                                    1103/2

 

Soalan 2 : Pemahaman

[ 35 markah ]

 

 Soalan 2(a)  Petikan Umum

 

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

(i)       Berikan maksud rangkai kata mengekalkan keharmonian.

                                                                                                                                   [ 2 markah ]

(ii)     Pengarang menyatakan beberapa kelebihan apabila memiliki tubuh yang sihat.

Nyatakan kelebihan tersebut.

                                                                                                                                   [ 3 markah ]

(iii)   Pada pendapat anda, mengapakah rakyat Malaysia rata-rata mengalami obesiti.

Kemukakan tiga pendapat anda.

                                                                                                                                          [ 4 markah ]

 

 

Soalan 2(b)  Petikan Prosa Moden

 

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

            Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu pun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung naik. Namun, dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan yang lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya, Kaduk yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

            Hakim pernah berseloroh, “Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi peringatan kepada semua umat Melayu agar berhati-hati dengan tanah mereka. Maksud aku, biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain.”

            “Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu dalam kampung ini. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?” tanya Azam.

            “Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang pertanian.”

 

                                        (Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan dalam

                                                        antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

1103/2                                                                                                                                       SULIT

SULIT                                                                 4                                                                    1103/2

 

(i)            Nyatakan dua tujuan Hakim berusaha mendapatkan tanah datuknya semula.

                                                                                                                                 [ 2 markah ]

(ii)          Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu mengeluarkan makanan yang mencukupi?

                                                                                                                              [ 3 markah ]

(iii)        Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen.

                                                                                                                                          [ 4 markah ]

 

 

 

Soalan 2(c)  Petikan Prosa Tradisional

 

Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

            Setelah sudah ia fikir demikian, maka Kertala Sari pun dilihat pula perihal penghadapan dan tempat orang bertunggu raja itu. Setelah dilihatnya ratalah, maka Kertala Sari pun kembali pada tempatnya singgah itu, maka ia pun berjalanlah mencari tempat akan menaruh harta. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari ada sebuah bukit di luar kota itu. Maka ia pun pergi ke atas bukit itu. Maka dilihatnya tempat itu terlalu baik menaruh harta. Maka ia pun berjalanlah turun dari Bukit Cina itu.

            Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya; maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya. Maka dilihat oleh Kertala Sari saudagar  itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh malam, maka saudagar itu pun masuk tidur. Maka oleh Kertala Sari  dicurinya segala harta saudagar itu sekuasa-kuasa ia membawa dan bini saudagar itu pun dicabulinya. Maka ia pun kembali pada tempat singgah itu.

            Maka hari pun siang. Maka saudagar itu pun gemparlah mengatakan dirinya kecurian.

 

                                                            (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi

                                                                      Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan bahasa dan Pustaka)

 

  

(i)            Berikan maksud rangkai kata tempat itu terlalu baik menaruh harta.

                                                                                                                                          [ 2 markah ]

(ii)          Apakah yang dilakukan oleh Kertala Sari apabila saudagar dan isterinya masuk tidur?

                                                                                                                                          [ 3 markah ]

(iii)        Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat untuk mengelakkan kes kecurian di rumah mereka?

                                                                                                                                          [ 3 markah ]

 

 

 

1103/2                                                                                                                                       SULIT

SULIT                                                                 5                                                                    1103/2

 

Soalan 2(d)  Syair

 

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

 

SYAIR BIDASARI

 

Dengarkan tuan suatu riwayat,                       Beberapa lamanya dalam kerajaan,

Raja di desa Negeri Kembayat,                      Baginda duduk bersuka-sukaan,

Dikarang fakir dijadikan hikayat,                   Datanglah beroleh kedukaan,

Supaya menjadi tamsil ibarat.             Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

 

Ada raja suatu negeri,                                     Datanglah kepada suatu masa,

Sultan halifah akas bestari,                             Melayanglah unggas dari angkasa,

Asalnya baginda raja yang bahari,                  Unggas gurda sangat perkasa,

Melimpah ngadil dagang senteri.                    Menjadi negeri rosak binasa.

 

Hairan orang empunya temasya,                     Datanglah menyambar suaranya bahana,

Baginda itulah raja perkasa,                            Gemparlah sekalian mulia dan hina,

Sangat tiada merasai susah,                            Seisi negeri gundah-gulana,

Entah pada esok dan lusa.                              Membawa diri ke mana-mana.

 

Seri Sultan raja bestari,                                   Baginda pun sedang dihadap orang,

Setelah ia sudah beristeri,                               Mendengar gempar seperti perang,

Beberapa bulan beberapa hari,                        Bertitah baginda raja yang garang,

Hamillah puteri permaisuri.                             “Gempar ini apakah kurang.”

 

 

                                                                                                Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

                                                                                                                     Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

 

(i)            Apakah peristiwa yang terjadi terhadap negeri Kembayat sehingga rosak binasa?

                                                                                                                                          [ 2 markah ]

(ii)          Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh seseorang murid untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya?

 

                                                                                                                                 [ 3 markah ]

(iii)        Kemukakan dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas.

                                                                                                                                          [ 4 markah ]

 

 

 

1103/2                                                                                                                                     SULIT

SULIT                                                                 6                                                                 1103/2

 

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan.

 

 

(a)                Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

 

(i)                 melawat

(ii)               membungkus

(iii)             menggubah

(iv)             menyisir

(v)               melancarkan

(vi)             melayari

                                                                                                                  [ 6 markah ]

 

(b)               Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat seperti yang berikut:

Subjek  :  _______________________________________________________________

Predikat  :  ______________________________________________________________

 

(i)                 Bangunan yang tinggi itu Menara Berkembar Petronas.

(ii)               Golongan petani bekerja keras untuk mencari rezeki.

(iii)             Baginda menganugerahkan bintang kebesaran kepada tokoh itu.

(iv)             Pahlawan lima bersaudara itu bertugas mengawal istana raja.

(v)               Berkejar-kejaran di dewan sekolah murid-murid itu.

(vi)             Pada setiap petang Sabtu, kami sekeluarga ke perpustakaan awam.

                                                                                                                              [ 6 markah ]

 

(c)                Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, ayat tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 

(i)                 Pamiran yang diadakan oleh pihak bomba telah dapat sambutan yang baik daripada orang ramai..

(ii)               Pemberontak antiAmerika telah ditangkap oleh tentera sebelum mereka sempat letupan stesen minyak.

(iii)             Aktiviti manusia yang memusnahkan hutan dengan menjalankan pembalak secara haram telah meningkatkan masaalah hakisan tanah.

 

                                                                                                                  [ 6 markah ]

1103/2                                                                                                                                     SULIT

SULIT                                                                7                                                                 1103/2

 

 

(d)               Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

 

(i)                 Pelbagai usaha-usaha telah dilakukan oleh pihak polis untuk mengenal pasti pengenalan mangsa.

(ii)               “Beberapa orang pelancong dari Iran telah ditahan oleh kami untuk di soal selidik kerana beg pakaian mereka mengandungi dadah,” kata pegawai imigresen itu.

(iii)             Puan Aisyah sedang bertutur di perhimpunan bila para pelawat itu tiba di sekolah.

                                                                                                                  [ 6 markah ]

 

(e)                Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

 

(i)                 Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

(ii)               Diyana yang merupakan anak tunggal dalam keluarganya dibelai dan dijaga dengan penuh kasih sayang.

(iii)             Setelah menerima hukuman, barulah Nordin sedar akan kesilapannya.

 

                                                                                                                                          [ 6 markah ]

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1103/2                                                                                                                                     SULIT

SULIT                                                                 8                                                                 1103/2

 

Soalan 4  :  Novel

[ 15 markah ]

 

 

Jawab soalan di bawah berdasarkan novel  Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor

 

 

(a)           Watak utama memainkan peranan penting dalam sesebuah karya.

          Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak utama.

                                                                                                                              [ 7 markah ]

 

(b)          Pengarang banyak memaparkan nilai murni dalam karya yang dihasilkannya.

          Huraikan tiga nilai murni yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

                                                                                                                                          [ 8 markah ]

 

 

 

 

 

 

KERTAS SOALAN TAMAT

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Disediakan Oleh                                                                     Disemak Oleh

 

…………………                                                                    …………………………

( SABRI BIN BINGAN )                                                      ( ABD RAZAK OTHMAN )

Ketua Panitia                                                                          Guru Kanan Matapelajaran

 

 

 

 

 

 
1103/2